Monday, 5 September 2011

Profil SK Menanam Tongod

Sejarah Ringkas SK Menanam Telupid
          Sekolah ini didirikan berhampiran dengan kawasan perumahan kampung iaitu di tepi jalan raya Penangah-Telupid. Jarak sekolah ini dari Pekan Telupid ialah 42 KM. Dari Pejabat daerah Tongod, 38 KM dan 203.2 KM dari Bandar Sandakan. Sekolah ini mempunyai keluasan lebih kurang 6 ekar.
Sekolah ini mula dibuka pada 11.01.1982. Buat pertama kali, murid-murid menumpang belajar di balai raya yang berukuran 20’X40’. Bilangan murid pada masa itu seramai 42 orang. Guru yang mula bertugas di sekolah ini ialah Encik Jalius Gimboyod (Guru Besar) dan En Hadaly Silau (Guru Penolong).Pada awal tahun 1985, bangunan sekolah ini siap dibina dan mula digunakan pada 23.04.1985. Bilangan murid pada masa itu 96 orang dengan tenaga pengajar seramai 8 orang.